Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PEMANGKU KP MELAKA

Melaka, 7 Januari 2025 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Abdul Aziz Abdul Majid mengadakan kunjungan hormat ke atas Pemangku Ketua Polis (KP) Melaka, SAC Datuk Md Nazri Zawawi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, semalam.

Kunjungan tersebut bersempena dengan lawatan kerja rasmi bagi Taklimat Perlaksanaan Pemeriksaan Balai dibawah Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) A117 dan Pemeriksaan Kuarters dibawah PTKPN A146 di Kontinjen Melaka.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ts. Azizee Ismail, Penolong Pengarah Pengurusan Urusetia Bukit Aman, ACP Nor Riza Maishah, barisan ketua jabatan dan formasi kontinjen Melaka, ketua-ketua polis daerah serta warga kerja IPK Melaka.

Sumber: Polis Melaka

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS