Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET KDN BILANGAN 1/2025

 
Putrajaya, 8 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, di sini, petang tadi.

Mesyuarat yang bermula sekitar jam 3.00 petang tadi telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Antara intipati mesyuarat tersebut adalah pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing, selain isu melibatkan keselamatan serta ketenteraman awam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos dan para pegawai kanan agensi serta kementerian.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryan Mustin.

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of 10 people, dais, newsroom and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 5 people, newsroom and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS