Putrajaya, 10 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (
PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman menghadiri Majlis Sambutan Rasmi Perdana Menteri (PM) Jepun, H.E Mr. Shigeru Ishiba ke Malaysia yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, di sini.
Ketibaan H.E Mr. Ishiba bersama isteri, Madam Yoshiko
Ishiba pada jam 9.00 pagi telah disambut oleh PM, Dato’ Seri
Anwar Ibrahim dan isteri, Dato' Seri Dr.
Wan Azizah Dr. Wan Ismail sebelum pemeriksaan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota dari
Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja disempurnakan.
Turut hadir menyambut sama ialah Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi.
Kunjungan H.E Mr. Ishiba ke Malaysia selama dua hari (9 hingga 10 Januari) adalah merupakan lawatan sulung rasmi beliau sejak menjawat jawatan PM Jepun yang ke-102 pada Oktober tahun lepas.
Seusai majlis, Dato’ Seri Anwar yang mengiringi H.E Mr. Ishiba turut memperkenalkan barisan menteri kabinet dan pengurusan tertinggi kerajaan.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Bryanlie Mustin