Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: POLIS SELAMATKAN LELAKI KETIKA KERETA HANYUT DIBAWA ARUS BANJIR

Kota Tinggi, 11 Januari 2025 - Tindakan pantas anggota polis menyelamatkan seorang lelaki yang hampir dihanyutkan arus banjir dalam kejadian di Jalan Lukut, Taman Aman, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Hj. Othman, yang turut berada di lokasi kejadian, memimpin operasi menyelamat mangsa yang terperangkap dalam sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Menurut Superintenden Yusof, insiden berlaku kira-kira jam 12 tengah malam apabila mangsa, Lim Soon Siw, 52 tahun, cuba memandu melalui jalan tersebut yang sudah dinaiki air.

Katanya, kereta mangsa dihanyutkan arus sebelum tersangkut pada tiang elektrik di kawasan itu.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau kemudiannya dibawa ke tempat selamat,” jelasnya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
Sumber: Buletin TV3 dan Polis Daerah Kota Tinggi

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS