Sikap keprihatinan yang tinggi anggota Polis Diraja Malaysia terhadap golongan memerlukan sentiasa ada dan menjadi tanggungjawab dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan.
Itulah yang dilakukan oleh Koperal Roslin Sanol dan Zulikmal Mohd Ali dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Nilai dalam bantu bersama orang awam membetulkan penutup "manhole" terbuka yang boleh membahayakan pengguna lalu lintas di Jalan BBN 1/2E, Bandar Baru Nilai, Seremban, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Tindakan yang dilakukan anggota terlibat telah memastikan pengguna jalan dapat melalui kawasan tersebut dengan selamat.