Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

AISSE’25: KPN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI POLIS TIMOR LESTE

 
Putrajaya, 20 Januari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi polis dari Timor Leste, di pejabatnya, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Kunjungan hormat bersempena Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE'25) itu diketuai General Commander for Timor Leste Police, Police Commisioner General Henrique Da Costa bersama Assistant Inspector, Protocol Officer for Commander General, Mrs. Joana Maria Mau.

Antara intipati perbincangan dalam pertemuan empat mata tersebut melibatkan kerjasama berterusan antara kedua-dua agensi penguatkuasaan, termasuk memperkukuhkan hubungan bagi keselamatan negara masing-masing.

Turut hadir dalam kunjungan hormat tadi ialah barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, DCP Datuk Marzuki Mohd Mokhtar, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato’ Kamaruzaman Abdullah dan Superintenden Perhubungan Antarabangsa, Superintenden Loh Pei Pei.

Jurugambar: Lans Koperal Bryanlie Mustin dan Konstable Muhammad Azri Sabri.

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 1 person, dais, newsroom and text

May be an image of 4 people, dais, newsroom and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 8 people and text

May be an image of 5 people, dais and text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS