Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Hj.
Fadillah Hj. Yusof itu turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail bersama barisan kepimpinan tertinggi
Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta agensi di bawahnya.
Antara inti pati mesyuarat tersebut adalah membincangkan berkaitan perancangan perolehan pemasangan mesin kod respons pantas (QR) di Bangunan Sultan Iskandar serta Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor.
Turut hadir, Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad
Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Kerja Raya, Dato Sri
Alexander Nanta Linggi, barisan timbalan menteri, Menteri Besar Johor, Dato'
Onn Hafiz Ghazi, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman dan barisan ketua agensi kerajaan.