Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PJP SARAWAK


Kuching, 4 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis (PJP) Sarawak, CP Datuk Mancha Ata di Bilik Tamu, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini, hari ini.

Pertemuan tersebut bersempena lawatan kerja rasmi Dato’ Sri Mohd Yusri, selain beramah mesra dengan warga kerja JSPT di kontinjen berkenaan.

Sejurus selesai, Dato' Sri Mohd Yusri menyempurnakan penyerahan topi keledar dan sarung tangan kepada enam juruiring trafik yang berkhidmat dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hadir sama, Pemangku Timbalan PJP Sarawak, SAC Rizal Abdul Rahman Sidek, Ketua Cawangan Khas Kontinjen Sarawak, SAC Mohd Taufik Toh Abdullah, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Rahmat Ariffin dan barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS