Kuching, 4 Mac 2025 - Pengarah
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Bilik Mengadap Utama, Astana Negeri Sarawak, di sini, hari ini.
Antara tujuan kunjungan itu adalah bagi menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan meluluskan sumbangan sebanyak 10 buah motosikal berkuasa tinggi kepada JSPT Sarawak.
Hadir sama, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Rahmat Ariffin, barisan Ketua Penolong Pengarah JSPT Bukit Aman dan para pegawai kanan polis.