Kuala Lumpur, 4 Mac 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri
Ayob Khan Mydin Pitchay mengadakan kunjungan hormat ke atas Datuk Bandar Kuala Lumpur (KL), Dato’ Seri TPr. Dr. Maimunah Mohd Sharif di pejabat rasmi beliau di
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di sini, pagi tadi.
Kunjungan itu bagi membincangkan hal penganjuran program berskala besar yang dijadualkan berlangsung di pusat bandar sepanjang tahun ini, Persidangan ASEAN, isu gelandangan, isu keselamatan serta kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan DBKL berkaitan kamera litar tertutup (CCTV).
Sejurus selepas itu, Dato' Sri Ayob Khan mengadakan lawatan ke Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) di Bukit Jalil dan mendengar taklimat ringkas pengurusan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan KL Command and Control Centre, Encik Muhamad Azri Abdul Aziz di Bilik Gerakan PDRM.
Dato’ Sri Ayob Khan turut ditaklimatkan berkenaan pengawasan CCTV di seluruh KL, pemantauan sistem pengumpulan pendigitalan data analisis dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) berdasarkan maklumat data yang aktif.
Sebelum mengakhiri lawatan, Dato’ Sri Ayob Khan dibawa melihat Bilik Kawalan DBKL (Aliran Trafik dan Lampu Isyarat) yang bertanggungjawab memastikan aliran trafik berjalan lancar, selain kesesakan yang berlaku berada di tahap paling minima.
Hadir sama, Ketua
Polis KL, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Ketua Urus Setia KPN (Perundangan) Bukit Aman, SAC Abd Rahman Atan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen
KL, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa serta Ketua Polis Daerah
Dang Wangi, ACP Sulizme Afendy Sulaiman.