Sungai Petani, 6 Mac 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Seri Khaw Kok Chin menyampaikan amanat kepada warga JSJN Kontinjen Kedah bertempat di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah, Kuala Muda, Kedah di sini, hari ini.
Dalam amanatnya, beliau menyeru warga JSJN Kontinjen Kedah agar menghargai amanah yang diberikan dalam menyelia anggota bawahan dari sebarang salahlaku
jenayah serta tatatertib.
Dalam majlis yang sama, Dato' Seri Khaw turut mengambil kesempatan menyampaikan sijil penghargaan kepada 18 orang warga JSJN Kedah sebagai tanda pengiktirafan dan penghargaan kepada semua yang menyokong beliau sepanjang menerajui JSJN.
Selain itu, Dato' Seri Khaw turut berpeluang mendengar amanat daripada Timbalan Pengarah Narkotik (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali dalam menekankan fokus dan perancangan warga JSJN selari mengikut situasi, kemajuan teknologi dan trend pengedaran semasa di negeri Kedah.
Hadir sama, Penolong Pengarah Narkotik (Technical Intelligence Analysis) JSJN Bukit Aman, ACP Sarudin Mansor, Ketua JSJN Kontinjen Kedah, ACP Shamsudin Mamat, barisan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah, para pegawai kanan JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Kedah.