Kuala Lumpur, 7 Mac 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Tahun 2025 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, di sini, pagi tadi.
Istiadat yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,
Sultan Ibrahim telah
berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang kepada 32 orang penerima yang telah berjasa, mencurahkan khidmat bakti atau menyumbang kepada Wilayah Persekutuan.
Turut berangkat ke istiadat sama ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.
Antara penerima sebentar tadi ialah Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa dan Ketua Pengarah
Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Noridah Abdul Rahim yang masing-masing dikurnia Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri. Manakala Menteri Komunikasi, Datuk Ahmad
Fahmi Mohamed Fadzil dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk.
Hadir sama, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri
Anwar Ibrahim bersama isteri, Dato' Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan PM merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato' (Dr.) Johari Abdul, barisan menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan serta agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid