Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

POSTING PILIHAN: KPN HADIR MESYUARAT JKPP PERINGKAT KDN BILANGAN 1/2025



Kuala Lumpur, 7 November 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Projek Penswastaan (JKPP) Peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 1 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, di sini semalam.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu membincangkan mengenai dasar semasa penswastaan serta status perancangan dan pelaksanaan projek penswastaan di bawah KDN.

Hadir sama, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Datuk Muhammad Razman Abu Samah, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Gilberd Philip Layang, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Kamaruzaman Abdullah, barisan pengurusan tertinggi KDN dan ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah kementerian.



May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS