Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Berita

TIMBALAN KPN HADIR MAJLIS PENUTUP PERSIDANGAN ASEANAPOL KE-43



Bangkok, 7 November 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Penutup Persidangan Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) ke-43 yang berlangsung di Grand Hyatt Erawan, Bangkok, semalam.

Persidangan yang berlangsung selama lima hari itu telah berjaya menjadi platform utama dalam membincangkan pelbagai isu keselamatan serantau, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara negara-negara anggota.

Pada sebelah malam, turut diadakan majlis makan malam yang dianjurkan oleh Royal Thai Police sebagai tanda penghargaan kepada semua delegasi negara anggota yang menghadiri persidangan kali ini.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid bersama barisan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia.

Jurugambar: PDRM RMPTV









May be an image of dais and text that says 'Collado Crushing Scams, Disrupting Fraud, and Protctuno Signing of Joint Communiqué & Signing of Joint Declaration iii 15'


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS