Kuala Lumpur, 10 November 2025 – Seorang warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand bersama dengan 75 kilogram (kg) dadah jenis Ketamin di dalam kereta dipandunya pada Khamis lepas, disyaki berperanan sebagai "transporter" kepada sindiket dadah rentas sempadan.
Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, pihaknya dimaklumkan tentang tangkapan lelaki berumur 25 tahun itu oleh Subdivisyen 3, Biro Pembanterasan Narkotik Polis Thailand melalui saluran rasmi JSJN.
“Lelaki terbabit ditahan ketika sekatan jalan raya di Wilayah Chumphon dengan rampasan 75 kg dadah jenis Ketamin yang ditemukan di dalam kereta dipandunya pada 6 November.
“Semakan mendapati lelaki yang berasal dari utara itu mempunyai empat rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
https://bernama.com/bm/news.php?id=2488975&fbclid=IwY2xjawN-kehleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeKoxJioRO7BlrxVSgbMp1ZHwzy4nf3sofp1YiwLSY-7L7Gl5vZdPHV2Ks-Ms_aem_lycrz5CwXwtMZbLygTzsCA