Shah Alam, 28 Oktober 2020 – Kerajaan negeri berbesar hati menyumbangkan sebanyak lapan buah jet ski dan 18 buah basikal elektrik buat kegunaan petugas barisan hadapan Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari kepada Ketua Polis negeri, CP Dato' Noor Azam Jamaludin, di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dekat sini.
Kesemua jet ski dan basikal elektrik tersebut akan digunakan di dalam penugasan Op Benteng yang melingkari persisir pantai negeri bagi mengesan sebarang cubaan menceroboh masuk oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).
Turut hadir ialah Pengarah Penjara Selangor, Dato’ Mohd Sakeri Dollah, para pegawai kanan dan rakan-rakan media.
Sumber: Polis Selangor
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN