Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PKPB #PKPP #COVID-19 KERATAN AKHBAR PILIHAN: BOLEH RENTAS NEGERI BAWA IBU BAPA VAKSINASI


Seremban, 16 April 2021 - Berkuat kuasa serta-merta, kerajaan memberi kebenaran rentas negeri kepada mereka yang ingin membawa ahli keluarga atau tanggungan bagi tujuan janji temu penerimaan vaksin COVID-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) membuat keputusan itu dalam mesyuarat kelmarin.

"Semalam (kelmarin), MKN bersetuju kebenaran merentas negeri diberikan kepada mereka yang ingin membawa tanggungan ke janji temu bagi penerimaan vaksin.

"Sebagai contoh, ada anak di Kuala Lumpur ingin membawa ibu bapa atau ahli keluarga warga emas ke Negeri Sembilan bagi janji temu vaksin, maka ini dibenarkan.

"Kita bagi kelonggaran kepada waris atau ahli keluarga yang ingin pulang ke kampung untuk janji temu penerimaan vaksin itu dan mereka hanya perlu menunjukkan surat berkaitan kepada pihak berkuasa di sempadan negeri," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

Sumber: Berita Harian

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people, people standing and text that says 'Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 Boleh rentas negeri bawa ibu bapa vaksinasi SLSWD temu pene- contoh, Waris perlu tunjuk surat kepada pihak berkuasa sempadan negeri anak Mohd Ûnews@ jalil simulasi Bandaraya Seremban, emalam. mengadakan awatan katanya, kaedah pendaftaran bersemuka akan demikian pendaftaran a akan COVID-19, khusus berisiko Hospital Jalata (TJ) Pusat Pemberian Vaksin Dewan Majlis Aminuddin/BH) Dewan Bahaman Rakan Thiule KenpHe Program Najihah Au- (kelmn) yangjuga iberikan kepada yang ingin membawa tanggu- Menter berkata, Rantau, rangkaian rendah. berjalan sudah ditetapkan sebagai Kemen- (KKM) Sembilan dipilih antara ditetap- ialah Dewan Sury Majlis Sem- bagi orang Dlasa dan orang'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS