Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Covid-19

#PPN #COVID-19 VIDEO PILIHAN: BRIGED TENGAH PGA REKOD 176 SERBUAN, RAMPASAN BERNILAI RM97.5 JUTA


Kuala Lumpur, 15 Disember 2021 - Sindiket penyeludupan kini dikesan sentiasa mengubah taktik dan modus operandi kegiatan mereka dalam usaha mengaburi pihak berkuasa.

Walaupun pelbagai helah digunakan sindiket itu, namun sepanjang tahun ini Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah merekodkan rampasan tertinggi menerusi 176 serbuan.

Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim berkata, hasil serbuan itu, pihaknya menahan 1,119 individu yang terbabit dengan penyeludupan serta merampas pelbagai jenis barang bernilai RM97.5 juta.

"Daripada tangkapan berkenaan 194 daripadanya adalah warga tempatan manakala 725 individu adalah warga asing.

"Semua individu yang ditahan berusia setahun hingga 64 tahun itu ditahan dalam Op Nyah 1, Op Benteng, Op Kontraband dan Op Khazanah," katanya pada sidang akhbar di Briged Tengah PGA di sini, hari ini.

Tuan Muhammad berkata, nilai rampasan Briged Tengah pada tahun ini adalah tertinggi berbanding briged PGA di negara ini.

"Nilai rampasan membabitkan kenderaan (RM9.12 juta); rokok seludup (RM41.6 juta); arak seludup dan ketum (RM38.3 juta); dadah (RM202,650.50); hidupan dan tumbuhan dilindungi (RM120,500)dan bahan letupan (RM1.48 juta).

"Selain itu, turut dirampas adalah barangan kawalan seperti padi, beras, minyak diesel (RM2.63 juta); logam dan tembaga (RM3.1 juta) serta wang tunai berjumlah RM802,137.40,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../briged-tengah-pga-rekod...

Sumber: Berita Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS