Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Kejayaan

#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG ARTIKEL PILIHAN: PENYELUDUP TETAP AKTIF SEMASA BANJIR, BATALION 7 PGA CATAT RAMPASAN BERNILAI RM3.7 JUTA

Pasir Mas, 7 Januari 2022 - Pasukan Gerakan Am (PGA) mendedahkan aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand tetap aktif pada musim banjir bulan lepas susulan nilai barangan dirampas pihaknya mencecah RM3.7 juta menerusi 20 hari operasi bagi membanteras kegiatan itu.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, peningkatan paras air menyebabkan ada penyeludup mengambil kesempatan membawa barangan terus ke stor atau rumah kosong menggunakan perahu atau bot.

Beliau berkata bagaimanapun modus operandi kumpulan penyeludup itu sudah dapat diagak dan membolehkan tangkapan dan rampasan dilakukan pihaknya menerusi operasi bermula 16 Disember itu.

"Kita tahu sudah pasti penyeludup akan membawa barangan ke lokasi lebih jauh pada musim banjir berikutan Sungai Golok semakin melebar.

“Kita bagaimanapun tetap menjalankan penugasan dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang dapat pergi lebih jauh ke kawasan dinaiki air dan membuat tangkapan. Selain itu, kita juga dibantu agensi penguat kuasa lain di sempadan," katanya.

Sumber: BERNAMA

Penyeludup tetap aktif semasa banjir, PGA7 catat rampasan bernilai RM3.7 juta
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS