Kota Bharu, 27 Ogos - Seorang ketua sindiket pengedaran dadah bertaraf King Pin' antara enam ditahan bersama pil kuda bernilai RM1 juta dalam tiga serbuan dadah berasingan di negeri ini, Ahad lalu.
Lebih menyedihkan ketika serbuan jam 3 petang itu, suspek ditahan di dalam sebuah kereta Perodua Myvi bersama isteri, seorang anak berusia dua tahun dan seorang rakan lelakinya di Jalan Hamzah di sini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, serbuan berasingan itu dilakukan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan polis Kelantan pada 24 Ogos lalu.
Hasil pemeriksaan menemui satu beg berwarna coklat di tempat letak kaki penumpang hadapan yang mengandungi empat bungkusan berisi 39,817 disyaki pil kuda seberat 4.3 kilogram dianggarkan bernilai RM1 juta.
Sumber: Harian Metro