Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

TIGA BERANAK PENAGIH DADAH DITAHAN BERSAMA PELBAGAI SENJATA

Polis Sabah berjaya menahan lapan individu termasuk tiga beranak kerana terlibat dalam dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Muhibah, Tawau.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus, semua suspek yang ditahan adalah berusia 25 hingga 61 tahun serta berada dalam keadaan khayal walaupun ada diantara mereka yang bertindak agresif terhadap polis ketika serbuan dibuat.

Pihak polis menjumpai selaras senapang angin, empat bilah parang dan sebilah keris selain sisa dadah pada kertas aluminium di atas meja yang disyaki telah digunakan oleh suspek di dalam rumah terbabit.

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS