Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Johor mencatat sejarah tersendiri setelah menerima dua buah anugerah berprestij di Malam Polis Diraja Malaysia Citizen Award (RMPCA) yang telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.
Pengumuman kejuaraan itu membolehkan IPD Batu Pahat membawa pulang sijil, trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Din Ahmad, warga IPDnya komited dengan tugas hakiki dan aktiviti turun padang di semua 11 balai termasuk kegiatan jelajah 100 buah masjid sebagai usaha mendekati masyarakat setempat dalam daerah tersebut.
Selain itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Batu Pahat (KBSJKD), ASP Azni Azhar Abd Wahid turut dipilih menerima Anugerah Kilauan Delima kerana cemerlang sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil Terbaik keseluruhan.
Syabas dan tahniah IPD Batu Pahat!
Sumber: Berita Harian