Alor Setar - Hanya kerana perselisihan faham seorang wanita di’tinju' suaminya bertubi-tubi di muka dan kepala dihentak ke lantai menyebabkan cedera serius di mata sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek berusia 40 tahun itu yang hilang kawaian menyerang dan membelasah isterinya, 40, di kediaman mereka di Kampung Baru Seberang Keretapi Api, di sini, ketika mangsa berehat di rumah bersama lima anak berusia antara 16 hingga sembilan tahun.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal polis mendapati berlaku pertengkaran antara mangsa dengan suaminya sebelum dia ditumbuk di kepala dan muka berkali kali.
Suspek ditahan Isnin lalu kerana mencederakan kepada mangsa dan siasatan Ianjut dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
Sumber: Harian Metro
