Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS BURU TAHANAN LOLOS KETIKA KE LOKASI SIASATAN

Polis mem-buru seorang tahanan lelaki warganegara Kemboja yang meloloskan diri ketika dibawa dari lokap ke lokasi siasatan di kawasan sungai Kampung Teluk, Pulau Rusa, Pekan dekat Kuantan semalam.

Suspek, Idris Mohd. Ali, 36, beralamat di Kampung Baru Pulau Keladi ditahan bagi membantu siasatan melibatkan satu kescurian.

Ketua Polis Daerah Pekan, DSP Amran Sidek berkata, gerakan memburu suspek dilakukan selepas kejadian kira-kira pukul l tengah hari.

Berdasarkan keadaan fizikalnya, suspek memiliki ketinggian kira-kira 1.7 meter, berbadan gempal, berambut pendek dan berkulit sawo matang.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Pekan di talian 09-4221222.

Sumber: Utusan Malaysia

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS