Seorang pencuri menyamar sebagai tetamu majiis perkahwinan sebelum menyelinap dan menyelongkar bilik pengantin ketika majiis persandingan sedang berlangsung.
Dalam kejadian jam 1.35 petang Ahad lalu, suspek berusia 43 tahun itu dikesan muncul di sebuah rumah yang melangsungkan majiis perkahwinan di Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, SUPT. Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, suspek dikatakan berpura-pura bersembang bersama tetamu lain sebelum masuk ke dalam rumah dengan alasan mahu melihat pengantin.
Suspek masuk ke bilik utama dan mcnyolongkar perkakas untuk mencari barangan berharga. Dia kemudiannya mengambil wang tunai RM2,000 milik bapa pengantin lelaki yang diletakkan di dalam almari baju.
Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga esok untuk siasatan Ianjut di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan.
Sumber: Harian Metro