Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengonal pasti identiti mayat seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui di Sungai Klang berhampiran Kampung Kuala Sungai Baru, Batu 13, Puchong pada 13 Ogos lalu.
Penemuan mayat berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh berdasarkan keadaan fizikal mangsa dengan tangan dan kaki serta leher terikat ketika ditemui.
Sehingga kini mayat berkenaan masih belum dapat dikenal pasti identitinya dan pihak polis menemui beberapa helai baju yang dipercayai milik mangsa sebagai maklumat tambahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mangsa boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Norazmi di talian 019-812 8911 bagi membantu siasatan.
Sumber: Harian Metro