Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS SELAMATKAN 17 WARGA KEMBOJA DIPAKSA JADI PENGEMIS

POLIS SELAMATKAN 17 WARGA KEMBOJA DIPAKSA JADI PENGEMIS:

Polis menyelamatkan 17 warga Kemboja yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia dengan dipaksa menjadi pengemis dalam operasi di Jalan PJU 10/9, Petaling Java, Selangor di sini semalam. 

Dalam operasi pada pukul 3 petang, pihaknya membuat pemerhatian sebelum ternampak tujuh wanita bersama lima kanak-kanak termasuk bayi yang didukung turun dari sebuah kediaman di Jalan PJU 10/9. 

Kesemua mereka yang diintip menuju ke Jalan PJU 10/9E sebelum kumpulan itu menahan dua buah teksi untuk dinaiki.

Selepas itu, polis kemudian menyerbu sebuah apartmen yang dipercayai didiami semua warga Kemboja berkenaan dan di rumah itu polis menahan tujuh lagi individu yang semuanya juga merupakan warga Kemboja. 

Kesemua 12 warga Kemboja yang ditahan ketika mahu menaiki teksi itu dipercayai mahu dihantar ke lokasi tertentu untuk menjadi pengemis. 

Sumber: Kosmo

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS