Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

BOM BAWAH TILAM HOTEL- SUSPEK WARGA ASING DIBURU POLIS

Port Dickson - Poils memburu seorang Lelaki warga Syria bersama tujuh ahli keluarganya yang di percayai memiliki objek menyerupai bom tangan ketika menginap di sebuah hotel di Batu 3 Jalan Pantai, di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Adzli Abu shah berkata, objek terbabit ditemui salah seorang pekerja hotel ketika membersihkan bilik dihuni suspek berusia lingkungan 30 an dan keluarganya. 

Pihaknya menerima maklumai kejadian jam 12 tengahari selepas keluarga itu mendaftar keluar. 

"Mereka kemudian me maklumkan penemuan itu kepada polis. 

Namun, suspek dikatakan kembali semula ke bilik mengambil objek berkenaan dan beredar dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber- Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS