Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

POLIS KELANTAN SIARKAN GAMBAR IMEJ SEBENAR SUSPEK KES REMPUH PEGAWAI JPJ

Polis Kelantan menasihati orang ramai agar menghentikan berkongsi atau menyiarkan gambar tidak benar suspek tonto langgar Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini kerana dikhuatiri boleh mengganggu siasatan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, SAC Din Ahmad, tindakan menyebarkan gambar tidak benar suspek yang bersongkok malah ada yang berkepala botak dalam media sosial boleh mengelirukan ramai dalam membantu pihak polis mengesan suspek tersebut.

Polis Kelantan semalam menyiarkan gambar sebenar suspek kes itu dengan nama sebenarnya Mohd Nawawi Husin atau samarannya Mat Yeh yang berusia 30-an setelah suspek disyaki melarikan diri di negara jiran Thailand minggu lepas.

Sumber: Berita Harian

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS