Polis Pasir Puteh, Kelantan pula berjaya menahan dua lelaki dipercayai penagih dadah kerana mencuri lapan tong gas dari sebuah kedai runcit, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah, DSP Abdul Razak Muhamad, suspek yang masing-masing berumur 23 dan 29 tahun itu telah memandu kenderaan yang membawa kesemua tong gas curi itu dalam keadaan mencurigakan sehingga menyebabkan penduduk kampung cuba menahan mereka sebelum kedua-dua suspek memecut kenderaan lalu terbabas di kawasan sungai.
Pihak polis turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk mencuri dan hasil ujian air kencing yang dijalankan ke atas mereka ternyata kantoi dadah jenis opiat.
Sumber: Kosmo