Perbuatan seorang lelaki mengamuk tanpa sebab di rumah sepupunya di Kampung Gerai Tua, Jertih, Besut sebanyak lima kali pada hujung minggu lalu membawa padah apabila dia ditahan polis kelmarin.
Dalam kejadian dari pukul 5 petang Sabtu lalu hingga pukul 8.30 pagi kelmarin, lelaki berusia 41 tahun tersebut turut membawa sebilah pedang sambil mengugut mahu memecah masuk rumah saudaranya itu dengan pelbagai alasan pelik.
Menurut Ketua Polis Daerah Besut, SUPT. Mohd. Zamri, suspek masih ditahan untuk mengetahui motif dia berkelakuan pelik terhadap sepupunya itu.
Sumber: Kosmo