Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

SYABAS POLIS DAERAH CHERAS: SUSPEK CUBA RASUAH POLIS AKHIRNYA KE LOKAP

Seorang lelaki tempatan ditahan selepas didapati menggunakan motosikal yang dilaporkan hilang dan terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan tersebut di Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini kelmarin.

Dalam tangkapan pada pukul 5.30 petang itu, polis turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri motosikal seperti skru, spanar yang telah diubah suai dan kunci tambahan.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohsein Zon, suspek turut cuba menawarkan wang suapan berjumlah RM15,000 kepada anggota polis bagi mengelak daripada dikenakan tindakan.

Suspek kini ditahan lanjut dan pihak polis telah berjaya menyelesaikan lima kes kecurian motosikal di sekitar Cheras serta Lembah Klang yang mempunyai kaitan dengannya.

Berita selanjutnya menerusi keratan akhbar Kosmo di bawah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS