Petaling Jaya, 20 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal tampil membuat laporan polis.
Laporan polis itu perlu bagi siasatan lanjut dapat dijalankan selepas pendedahan yang dilakukan wanita berkenaan menerusi sebuah wawancara semalam.
Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, wawancara tersebut tidak mendedahkan identiti mangsa dan pemangsa dan seeloknya individu yang mendakwa menjadi mangsa jenayah seksual tersebut tampil membuat laporan polis.
“Kita tidak tahu siapa pendakwah terkenal yang dimaksudkan mangsa dalam wawancara itu memandangkan ramai pendakwah terkenal di Malaysia.
“Hanya mangsa sahaja yang tahu siapa individu berkenaan, jadi dia kena datang membuat laporan polis,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai wawancara yang mendedahkan pengakuan seorang mangsa jenayah seksual membabitkan seorang pendakwah terkenal.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.