Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#WarAgainstDrugs KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS KELANTAN LUPUS DADAH BERNILAI RM55 JUTA TERMASUK METHAMPHETAMINE SEBERAT 1.51 TAN

Kota Bharu, 18 November 2021 - Methamphetamine seberat 1.51 tan serta 1.245 tan Kanabis antara dadah bernilai lebih RM55.7 juta yang dilupuskan Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, semalam.

Dadah dilupuskan itu membabitkan 1,952 kertas siasatan yang sudah selesai menjalani perbicaraan sepanjang 2007 hingga tahun ini.

Ketua Polis negeri, CP Dato’ Shafien Mamat berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPK Kelantan menghantar dadah terbabit kepada kontraktor bertauliah di Bukit Pelanduk di Negeri Sembilan semalam untuk dilupuskan hari ini.

Kata beliau, antara dadah lain yang dilupuskan ialah Heroin seberat 0.42 kilogram (kg), Yaba (5.02kg), Codeine (36.8kg), Diphenhydramine (4kg) dan 11.15kg Methadone.

"Dadah terbabit dilupuskan selepas mendapat perintah mahkamah berikutan prosiding mahkamah sudah selesai dan tempoh rayuan bagi hukuman yang dikenakan kepada pesalah berkaitan sudah tamat.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person, standing and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS