Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#BeSmartStayAlert [KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: LELAKI LEBIH RAMAI JADI MANGSA PENIPUAN

Kuala Lumpur, 3 Disember 2021 - Lelaki lebih ramai menjadi mangsa penipuan pembelian dalam talian berbanding wanita, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang lima tahun lepas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin berkata, bagi tempoh 2017 hingga Oktober tahun ini, seramai 9,993 daripada 17,520 mangsa yang tertipu dengan pembelian dalam talian adalah lelaki.

"Seramai 7,527 mangsa pula adalah perempuan, semua mangsa yang terlibat berusia antara 21 dan 30 tahun," katanya di Kamar Khas Dewan Rakyat pada Khamis.
Datuk Jonathan berkata, bagi kes penipuan pinjaman tidak wujud, dalam tempoh yang sama seramai 14,884 mangsa terlibat, dengan 8,264 mangsa adalah lelaki manakala 6,620 adalah wanita.

Beliau berkata, bagi kes itu, kajian mendapati mangsa terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS