Kangar, 22 Disember 2021 - Polis percaya 'Long Tiger' atau nama sebenarnya Abd Hamim Ab Hamid, 33, yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu masih berada di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, berkata pihaknya kini sudah mempertingkatkan kawalan dan memburu suspek itu, terutama di negeri yang mempunyai sempadan darat antarabangsa di bahagian utara dan pantai timur negara seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan, selain negeri di selatan seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan.
“Malah, wajah suspek sudah diedarkan kepada setiap kontinjen polis negeri, selain meminta bantuan ketua polis daerah dan balai untuk mengesannya.
“Setakat ini kita masih memburu ‘Long Tiger’ ini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di Dewan Serbaguna IPK Perlis, di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.