Kota Tinggi, 23 Disember 2021 - Seorang anggota polis mengalami kecederaan selepas khemah sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 52.0 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini, dilanggar bas ekspres kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kejadian jam 1030 malam itu, bas terbabit dari Larkin ke Kuala Terengganu.
Katanya, kejadian berlaku apabila pintu ruang penyimpanan tayar simpanan sebelah kanan bas yang dipandu lelaki berusia 50 tahun tiba-tiba terbuka ketika melalui khemah SJR berkenaan.
"Pintu itu terkena khemah SJR yang berada di tengah jalan dan ketika kejadian terdapat anggota yang sedang bertugas di bawah khemah terbabit.
"Seorang anggota berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan di belakang akibat dihempap besi khemah SJR.
"Mangsa yang berusia 30 tahun dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.