Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#OPBANJIR KERATAN AKHBAR PILIHAN: ‘TERIMA KASIH BERSIHKAN RUMAH SAYA'

Ipoh, 3 Januari 2022 - "Terima kasih kerana sudi bantu bersihkan rumah saya daripada kotoran banjir”.

Itu ucapan Rohani Ahmad, 67, kepada pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak yang membantu membersihkan rumahnya daripada kotoran akibat banjir di Batu 7, Jalan Changkat Jong di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Tuan Ahmad Adnan Basri mengetuai pegawai dan anggotanya serta kakitangan awam IPD Hilir Perak membersihkan rumah Rohani, seorang wanita yang kudung kaki kanan akibat terlibat kemalangan jalan raya tiga tahun lalu dan menghidap penyakit kencing manis.

Rohani, yang tinggal bersendirian selepas kematian suami sejak 23 tahun lalu berkata, kehadiran pegawai dan anggota polis yang membersihkan rumahnya daripada kotoran banjir amat bermakna kerana keadaan fizikalnya itu.

"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi datang membantu saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Menurutnya, mahu atau tidak, dia perlu bersihkan juga sendiri lain-lain kotoran akibat banjir kerana tinggal seorang diri.

"Agak susah membersihkan kotoran banjir kerana saya berkerusi roda terutama untuk mengambil barang di tempat yang tinggi namun ia bukan halangan mengembalikan kebersihan rumah saya seperti sebelum banjir," katanya.

Rohani berharap masalah banjir yang kerap melanda kawasan rumahnya dapat diselesaikan.

Sumber: Utusan Online

May be an image of 2 people, people sitting and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS