Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PEGAWAI ATASAN PUN TIDAK TERLEPAS - PENGARAH JIPS

Berdasarkan rangkuman statistik bagi tahun 2021 setakat Oktober, seramai 1,304 pegawai kanan polis dan pegawai rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan seperti jenayah, rasuah, syariah, dadah dan salah laku.

Setiap dakwaan kesalahan yang dilakukan oleh warga PDRM akan disiasat untuk memastikan sejauh mana kesahihannya. Jika didapati serius, pihak berkuasa tatatertib akan melakukan siasatan lanjut dan akan memberi surat tunjuk sebab dan anggota terbabit diberi ruang untuk menjawab atas pertuduhan tersebut.

Hal demikian adalah kerana, setiap kesalahan yang dilakukan perlu disiasat untuk memastikan sejauh mana orang yang dituduh didapati bersalah dan itu bergantung kepada inkuiri polis yang dibuat sebelum dibawa ke pengetahuan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara dengan penyataan aduan salah laku terhadap pegawainya.

Ikuti kupasan lanjut berhubung isu ini dan peringatan oleh Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato’ Azri Ahmad bagi memastikan semua pegawai dan anggota Pasukan Sang Saka Biru tidak terlibat dengan salah laku kegiatan jenayah melalui keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS