Kuala Lumpur, 14 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memburu dan menjejak individu mahu pun sindiket pemburuan haram yang mengakibatkan kepupusan populasi Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni.
Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am), Bukit Aman, DCP Dato’ Kasuahdi Ali berkata, pihaknya akan berusaha mengenal pasti individu terbabit menerusi elemen risikan, gerakan dan perundangan.
Menurutnya, Harimau Malaya mempunyai nilai yang tinggi mencecah RM500,000 seekor dan menjadi sasaran utama pemburu haram untuk mendapatkan wang.
Kepupusan binatang ini amat serius dan kita (polis) akan jejaki pemburu-pemburu ini dengan apa juga peruntukan undang-undang yang ada.
"Kita telah bekerjasama dengan banyak pihak seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), badan bukan kerajaan (NGO) dan jabatan perhutanan untuk mengatasi jenayah pemburuan haram.
"PDRM akan berusaha mengenal pasti individu yang terlibat memburu harimau selain hidupan liar lain yang dilindungi sama ada rangkaian luar negara, sindiket kecil atau mereka yang mengiklankan kegiatan ini di media sosial," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.