Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

#PPN #COVID-19 [ARTIKEL PILIHAN] THAIPUSAM: 1,300 POLIS PANTAU KESELAMATAN DAN PEMATUHAN SOP SAMBUTAN DI BATU CAVES

Gombak, 15 Januari 2022 - Seramai 1,300 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini pada Ahad hingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Tuan Zainal Mohamed Mohamed berkata, daripada jumlah itu seramai 318 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan memantau aliran trafik di sekitar Batu Caves.

"Sebanyak tujuh jalan akan ditutup bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam Ahad. Antara jalan ditutup adalah persimpangan lampu isyarat Kampung Melayu, susur dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ke kuil Batu Caves.

"Jalan Batu Caves lama ke pintu utama kuil, persimpangan lampu trafik Sri Batu Caves (SBC), persimpangan Jalan 8, Jalan Batu Caves lama, susur MRR2 dari Sri Gombak ke susur Perusahaan dan Jalan Perusahaan ke kuil Batu Caves," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini pada Sabtu.

Tuan Zainal Mohamed berkata, kekuatan PDRM itu adalah mencukupi serta akan dibantu oleh jabatan dan agensi lain.

Bacaan lanjut adalah seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../1300-polis-pantau...
Sumber: Sinar Harian

1,300 polis pantau sambutan Thaipusam di Batu Caves


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS