Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ANGGOTA PGA SERTAI PERHILITAN LINDUNGI KESELAMATAN PENDUDUK DIANCAM HARIMAU BELANG

Kuala Lumpur, 23 Januari 2022 - Seramai 15 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai Op khas pihak Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi melindungi keselamatan penduduk di Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan yang diancam kumpulan harimau belang.

Penyertaan anggota PGA terbabit diyakini mampu memperkuatkan usaha anggota Perhilitan dalam menyelesaikan konflik berlarutan sejak 7 Januari lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, Dato’ Abdul Kadir Abu Hashim berkata, hampir 30 anggotanya berkawal dan berusaha menangkap mamalia pemangsa itu susulan kejadian lelaki Orang Asli mati diserang harimau belang di lokasi berkenaan.

Beliau berkata, usaha diteruskan anggota Perhilitan melalui pemasangan tujuh perangkap diletakkan umpan hidup bagi menarik perhatian harimau belang.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of ‎9 people, outdoors and ‎text that says '‎Mohd Jamilul nbia@hmetro.com.my Kuala Lumpur BODYGUARD JAGA PETANI Anggota PGA sertai Perhilitan lindungi keselamatan penduduk diancam harimau belang anggota sukan Petugas Perhilitan masih meneruska dan rondaan kampung setiap hari' 'Petugas mati ل belang l0- ANGGOTA Perhilitan mcnemani pendudul kcampung ladang ACI mengelak Bihai, A kepada enduduk. doktor air ANGGOTA Perhilitan Beliau berkata, pihaknya melalui menghadiri taklimat penugasan. 'Perangkap dipasang hatian harimau Peyal Kam- Kampung Pahong. Pol huma ladang, katanya.‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS