Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: TAKTIK ‘JUAL NAMA’ KPN PERDAYA PIHAK BERKUASA – TIMBALAN KPN

Kuala Lumpur, 3 Februari 2022 - Tindakan sindiket perjudian yang 'menjual nama' Ketua Polis Negara atau pucuk pimpinan Bukit Aman, berjaya memperdaya pihak berkuasa dan melepaskan mereka daripada sebarang tindakan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Razarudin Husain berkata beberapa sindiket perjudian popular dikesan menggunakan taktik itu bagi kelangsungan operasi kedai mesin judi.

Menyifatkannya sebagai taktik kotor, beliau berkata, sindiket perjudian terkenal seperti kumpulan 'WeChat', VIP atau Payung dikesan menggunakan taktik itu, memberi alasan diberi kebenaran oleh pimpinan tertinggi PDRM kepada pihak berwajib, ketika pemeriksaan, serbuan atau rondaan.

"Kalau sindiket ini tak sebarkan khabar angin yang Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sudah beri kebenaran atau ‘lampu hijau’, mereka tak boleh ‘berniaga’ kerana Ketua Balai Polis tidak akan percaya, orang lain tak percaya, jadi mereka (sindiket) tidak boleh buka kedai.

"Kita akan tangkap sesiapa sahaja yang menyampaikan khabar angin atau ‘jual nama’ pimpinan tertinggi PDRM dan berkas semua rangkaian sindiket mereka," katanya kepada Berita Harian.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Sindiket judi atas talian Taktik 'jual nama' KPN perdaya pihak berkuasa oleh pimpinan tertinggi kepada pihak berwajib, ketika polis, PBTdapat sindiket judi' PDRM tangkap sesiapa sahaja sampai khabar angin Keratan akhbar Polis Safeek ini, semula, Razali selepas itu sudah atau lampu sindi- taktik turut meminta bagi harapkan Bukit Aman ktiviti memang tidak tangan. tindakan pihak Negara, mere- Kon- beseotor taktik berkata, sindiket amanat Ketua Razarudin ketika ditemubual wartawan kedai mesin memberi Ibu Pejabat taktik Bukit patan nafikan menge- judi Polis mereka jalankan mereka beroperasi aktiviti ua polis atau pegawai Sebagai contoh, katanya, aLumpur untuk ke-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS