Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

ARTIKEL PILIHAN: TIADA PENCEROBOHAN BERSENJATA DI LAHAD DATU - PJP SABAH

Kota Kinabalu, 4 Februari 2022 - Tiada petunjuk berhubung dakwaan sekumpulan lelaki warga asing berpakaian celoreng dan bersenjata, menyusup masuk ke Lahad Datu, pada 28 Januari lalu.

Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Dato' Idris Abdullah berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjalankan risikan dan penyiasatan, namun mendapati tiada petunjuk dakwaan penyusupan melalui perairan negara dekat Long Patau, Tambisan.

Dato' Idris berkata, polis dan pasukan keselamatan lain sentiasa memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan di pantai timur negeri ini dan Sabah daripada sebarang ancaman luar.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak risau mengenai keselamatan di Sabah," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../tiada-pencerobohan...
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS