Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BINA MENARA TINJAU KAWAL SEMPADAN - PENGARAH KDNKA

Rantau Panjang, 4 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk membina menara tinjau di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sebagai salah satu usaha membendung jenayah rentas sempadan terutama aktiviti penyeludupan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Hazani Ghazali berkata, cadangan tersebut akan dipanjangkan kepada pimpinan tertinggi PDRM dan kerajaan kerana ia melibatkan banyak aspek termasuklah isu tanah.

"Kalau menara itu dapat dibina di setiap pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) lagi bagus.
 
"Tetapi kita kena tengok dari pelbagai aspek sebagai contoh pemilikan tanah dan sebagainya," katanya selepas mengadakan lawatan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Pos Ibrahim Pencen, di sini, semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata, PDRM telah mengenalpasti beberapa lokasi yang sesuai untuk pembinaan menara tersebut.

"Jika hasrat ini berjaya dilaksanakan, penugasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini akan menjadi lebih ketat sekali gus dapat mencegah aktiviti jenayah rentas sempadan.

"Pihak PDRM akan mengemukakan usul untuk mewujudkan kawasan larangan dan tempat larangan berhampiran kawasan pos kawalan PGA di sempadan," katanya.
Dato' Hazani berkata, larangan itu membolehkan penugasan PGA berjalan lebih kemas dan tersusun.

Sumber: Sinar Harian May be an image of 6 people, outdoors and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS