Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SENOI PRAAQ DIGERUNI PENYELUDUP

Kubang Pasu, 5 Februari 2022 - Anggota Senoi Praaq daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 tidak gentar dengan ancaman musuh di sempadan Malaysia - Thailand dalam usaha membanteras jenayah di kawasan terbabit.

Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 18 Senoi Praaq, DSP Mohd Sail Hassan berkata, anggota batalion berkenaan mempunyai integriti tinggi dan digeruni penyeludup di sempadan.

Katanya, kejadian anggota Senoi Praaq dari PGA Batalion 3, mendiang Koperal Baharuddin Ramli, 54, yang maut ditembak oleh musuh di sempadan dua tahun lalu juga tidak mematahkan semangat mereka untuk berjuang.

"Kita tahu anggota Batalion 3 pernah ditembak oleh penyeludup di kawasan TS9, tetapi saya tegaskan kami daripada Batalion 18 Senoi Praaq, tidak gentar dan takut untuk bertugas.

"Malah kami lebih bersemangat untuk menjaga kawasan keselamatan sempadan Kedah dan Perlis sebab ini melibatkan maruah dan juga kedaulatan negara," katanya ketika ditemui di Markas Taktikal (Martak) PGA Bukit Kayu Hitam, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, PGA menjalankan tiga bentuk penugasan iaitu rondaan kenderaan menggunakan motosikal dan pacuan empat roda serta rondaan jalan kaki dan Pasukan Gerakan Udara.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS