Rompin, 18 Februari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperkasakan tindakan di bawah Kanun Keseksaan (KK) untuk hukuman lebih berat terhadap pihak didapati mencuri elektrik bagi tujuan melombong bitcoin di negara ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, pendekatan itu turut dipersetujui Tenaga Nasional Berhad (TNB) berikutan peningkatan mendadak kes kecurian elektrik bagi tujuan itu tahun lalu.
Menurutnya, sebelum ini kes itu disiasat di bawah Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 dengan hukuman denda RM1 juta, namun ia tidak mengentarkan pihak sindiket kerana hukuman yang agak ringan.
"Justeru kita telah ambil keputusan dan pendekatan drastik di bawah Seksyen 379/427 KK yang membawa hukuman lebih berat iaitu denda dan boleh dipenjarakan," katanya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian di lampiran.