Shah Alam, 19 Februari 2022 - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan membanteras habis-habisan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai usaha memastikan negara bersih daripada dadah.
Pengarah JSJN, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah dadah adalah perkara yang serius.
“Masalah dadah boleh menyebabkan masalah lain timbul seperti kes sosial dan jenayah," kata beliau.
Dato’ Ayob Khan berkata, polis akan memerangi habis-habisan individu yang terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah ekoran kesan besar yang ditinggalkan gejala itu.
“Pelbagai kesan besar angkara penyalahgunaan dadah termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah.
“Malaysia telah lama mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara dan polis akan perang habis-habisan mereka ini. Tiada amaran lagi buat mereka. Ini jihad menentang dadah musuh nombor satu negara,” katanya.
“Kita mahu masyarakat beri kerjasama penuh termasuk kalangan ibu bapa.
“Laporkan segera kepada polis sekiranya ada anak mereka terlibat dengan dadah untuk tindakan dan rawatan awal sebelum terlambat. Usah tunggu parah,” tegas beliau.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.