Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] PRN JOHOR: POLIS TELAH LULUSKAN 369 PERMIT

Johor Bahru, 3 Mac 2022 - Polis Johor telah meluluskan sebanyak 369 permit bagi mengadakan kempen dan ceramah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sejak hari penamaan calon pada Sabtu lalu.

Jurucakap PRN, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 81 permit telah diluluskan kelmarin.

"Sementara itu, dalam tempoh sama juga, sebanyak 13 kertas siasatan telah dibuka melibatkan pelbagai kesalahan.

"Semalam (kelmarin) sahaja, sebanyak empat kertas siasatan disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, mereka juga diminta memastikan kumpulan penyokong tidak mengganggu atau menghalang laluan lorong ketika sedang berkempen.

"Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada," ujarnya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 8 people, people standing and text that says 'Polis telah luluskan 369 permit JOHOR BAHRU Polis Johor sebanyak bagi mengadakan kem- ceramah Negeri lalu. Jurucakap PRN Johor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Ibrahim Mat jumlah telah berkata, sebanyak sama dalam sebanyak 13 telah meli- 'Semalam sebanyak sahaja, siasatan Keseksaan, PEGAWAI 1998, Seksyen Multime- Mega Pakatan SOP undang-undang yang telah semalam. pihaknya parti Tambahnya, mereka operasi standard han Covid-19 dan prosedur kepada pihak polis untuk tinda- selanjutnya berlandaskan -undang yang sedia ada,' ujarnya. Kelmarin, lakukan Ikatan Malaysia (Muda) Bukit Permai, dihentikan dengan melanggar permit yang di- berikan. peruntu- berkempen. 'Sekiranya mempunyai seba- rang permasalahan yang timbul, merujuk di-'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS