Jenis Arkib

Arkib Bulanan

Keratan Akhbar

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: TAKTIK MENYAMAR PINJAM WANG GODAM TELEGRAM

Seremban, 6 Mac 2022 - Ditipu penjenayah menyamar sebagai kenalan rapat atau ahli keluarga selepas suspek menggodam akaun pada aplikasi telefon pintar mangsa.

Taktik penipuan itu kian meningkat apabila polis menerima sebanyak 97 laporan polis membabitkan akaun aplikasi Telegram yang digodam sebelum sebelum suspek menyamar mahu meminjam wang daripada ahli kumpulan di media sosial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, terdapat dua modus operandi dikesan digunakan sindiket terbabit.

"Modus operandi pertama, mangsa menerima mesej menerusi Facebook daripada kenalan yang meminta menekan pautan akaun Telegram diberikan.

"Mangsa kemudian diarah log masuk ke pautan itu. Selang beberapa minit, mangsa akan mendapati akaun Telegram digodam selepas beberapa kenalan menghubungi mangsa menggunakan medium perhubungan lain memaklumkan sudah memberikan pinjaman wang diminta" katanya semalam.

Ikuti pendedahan lanjut oleh Ketua JSJK Negeri Sembilan, Superintendan Aibee mengenai modus operandi taktik penyamaran pinjam wang dengan menggodam akaun Telegram menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS